Hulu Kelang, 13 Julai 2015 – Majlis Iftar bersama penggiat industri 2015 anjuran FINAS bersama Pengerusi serta Ahli Perbadanan telah diadakan di Dataran Karyawan FINAS. Majlis yang dimulakan dengan pemberian sumbangan kepada artis veteran yang uzur dan sakit telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Azalina Dato’ Hj Othman Said diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Puan Khalidah Mohd Darus.
Selepas majlis penyerahan sumbangan serta sementara menunggu azan bebuka puasa, hadirin yang hadir dimuliakan dengan satu tazkirah maghrib. Majlis turut diserikan dengan kehadiran wakil dari Parlimen Pengerang serta persembahan Puteri Nasyid. Majlis diakhiri dengan solat terawih berjemaah serta moreh kira-kira jam 10 malam.
Teks : Nik Salwa Nik Mohamed Aman
Foto : Ahmad Shahriman Jimin
UNIT MEDIA