Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KSSF 2018 anjuran Kelab Sukan dan Sosial FINAS (KSSF) di Dataran Karyawan, FINAS Hulu Kelang hari ini.
YBhg. Dato’ Fauzi Ayob, Penasihat KSSF dalam ucapannya mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih atas penganjuran majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri KSSF dan berharap agar nilai-nilai murni yang diamalkan dapat diterapkan di kalangan ahli-ahli KSSF bagi memupuk permuafakatan dan mengeratkan lagi silaturrahim.
Turut hadir adalah YBrs. Tuan Haji Zulkifli Ab Wahab, Timbalan Ketua Pengarah Produksi & Teknikal FINAS, Encik Abd Halim Anen, Presiden KSSF, Pengarah-pengarah bahagian FINAS, Ahli Jawatankuasa KSSF dan ahli-ahli KSSF.