Kuala Lumpur, 28 Februari – Jabatan Integriti dan Perpaduan, Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dengan kerjasama FINAS telah mengadakan Integrity Art Night dengan pengisian sesi tayangan dan apresiasi filem Ola Bola arahan Chiu Keng Guan melalui slot Gobok Wayang Integriti.
Program sinergi dua hala antara agensi kerajaan ini merupakan satu usaha murni pihak INTEGRITI khasnya dalam menyampaikan mesej integriti dan perpaduan melalui medium seni. Ola Bola yang diinspirasikan daripada kisah perjuangan pasukan bola sepak tanahair untuk mewakili negara ke Sukan Olimpik Moscow telah berjaya menyuntik nilai penyatuan dan perpaduan melalui semangan kesukanan.
Sesi apresiasi yang berlangsung selepas tayangan filem membawa tajuk Ola Bola: Jambatan Integriti dan Perpaduan turut menampilkan dua (2) orang panel iaitu YBhg. Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI dan YBhg. Prof. Datuk Dr. Teo Kok Siong, Felo Utama, Institut Kajian Etnik (KITA). Para panelis telah mengupas tentang aspirasi, falsafah dan impak Ola Bola dari sudut penontonan dan nilai kendiri yang membangunkan psikologi dan motivasi melalui wadah sinema nasional.
Turut hadir memeriahkan majlis adalah YBhg. Dato’ Zaiton Othman, Pesuruhjaya Sukan (PJS) para pelajar ASWARA, UiTM (Fakulti Teater, Filem & Animasi), Universiti Malaysia (Pusat Kebudayaan) serta kakitangan Jabatan Perpaduan & Integrasi Nasional