Kuala Lumpur, 14 April- Kuala Lumpur Film School (KLFS) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah berganding bahu menganjurkan program apresiasi filem tempatan dan ASEAN melalui sesi Bicara Filem bersama pengarah filem, U-Wei HjSaari dan tetamu undangan, pengarah dan penulis filem, Encik Nasir Jani dengan tayangan dan apresiasi filem cereka dari negara Laos iaitu ‘Chanthaly’ (2012) arahan Mattie Do.
Program sinergi ilmu dan pembangunan intelektual ini telah meneroka aspirasi, falsafah, ideologi dan nilai filem ‘Chanthaly’ (2012) yang mengisahkan tentang seorang wanita yang dihantui bayangan mendiang ibunya dan ingin mengenal pasti sama ada bayangan tersebut adalah kesan sampingan dari ubat yang diambil ataupun mendiang ibunya yang ingin berkomunikasi dengannya. Filem ini dibintangi oleh Amphaiphun Phimmapunya, Douangmany Soliphanh, Soukchinda Duangkhamchan, Khouan Souliyabapha, Soulasath Souvanavong dan Mango
Turut hadir di program ini ialah Encik Hassan Muthalib, para karyawan filem, ahli-ahli akademik dari institut pengajian tinggi awam dan swasta, para penggiat seni serta tetamu jemputan yang lain.