<p align=”justify”>Petaling Jaya, 5 April – Seramai 22 orang pelajar Kolej Epitome, Subang Jaya diiringi pensyarah pengiring yang diketuai oleh Drs. Bambang Suhartono bin Mohd Said berpeluang menyertai Program Integrasi Ilmu dan Sinergi Industri di Kompleks FINAS Petaling Jaya petang tadi. Melalui platform pembangunan komuniti industri, program seumpama ini memberi peluang kepada generasi muda membina jaringan dua hala bersama FINAS sebagai badan peneraju kemajuan industri filem Malaysia.</p>

 

<p align=”justify”>Selain lawatan berpandu ke Museum of Moving Image (MOMI) yang memaparkan khazanah perfileman, para pelawat juga turut berpeluang melihat dengan lebih dekat pameran peralatan perfileman.</p>

 

<p align=”justify”>Melalui sesi pembentangan korporat mengenai FINAS oleh Cik Atiqah Amira Mohd Noor, Penolong Pengarah Komunikasi Korporat para peserta telah diberi ruang untuk sesi soal jawab dan perkongsian interaktif.</p>