Telah berlangsung Program Pameran Kenegaraan dan Bintang Patriotik Mega 2019 di Mydin Mall Mutiara Rini, Johor bermula 21 Februari 2019 sehingga 23 Februari 2019 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dengan kerjasama agensi dibawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk menyalurkan impak yang positif kepada masyarakat disamping mewujudkan rasa cinta dan semangat perpaduan serta melahirkan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.
Melalui platform pameran kreatif oleh agensi-agensi dan rakan strategik, FINAS telah menyediakan program-program menarik di dalam menjana pembangunan komuniti kreatif industri seperti Layar Bestari iaitu tayangan filem PASKAL dan dokumentari terbitan FINAS. FINAS juga telah merekod dapatan data pengunjung secara digital melalui aplikasi imbasan kod QR selain menyediakan kuiz interaktif kahoot, tayangan trailer filem-filem terkini, dan sesi interaktif bersama ikon industri Eyra Hazali.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Tuan Sheikh ‘Umar Bagharib Bin Ali, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi Dan Ekonomi Kreatif Negeri Johor, turut hadir YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah JAPEN, YBhg. Dato Mohd Sukari Ab. Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital), para pengunjung serta rakan-rakan media.