FB_IMG_1627970709630
#LensaFINAS

FINAS melalui program Peningkatan Kapasiti Kreatif Malaysia (MyCAP) sedang mengumpul data bagi memudahkan proses penyelarasan kadar bayaran atau tangga gaji pekerja seni pelbagai peringkat. Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, berkata sejak penubuhan MyCAP, FINAS yakin pelbagai isu membabitkan kebajikan pekerja seni seperti kadar bayaran untuk pelakon veteran, diselesaikan.

“FINAS memandang serius isu kebajikan pelakon lama dan penggiat seni lain. Penubuhan MyCAP adalah jawapan kepada semua kemelut itu dan sedang dalam proses mengumpul data bagi memudahkan penyelarasan nilai bayaran atau tangga gaji pekerja seni dilakukan dan keperluan data yang lebih spesifik untuk tujuan akreditasi”

“Urusan pendaftaran MyCAP dibuka kepada tiga kluster iaitu individu; syarikat produksi dan persatuan perfileman. Persatuan di bawah MyCAP akan bekerjasama dan memberi input agar semua data yang diberi ahli dapat diseragamkan dan sebagai rujukan menentukan tangga gaji. Kita perlukan data yang ‘solid’ seperti tempoh berlakon, pengalaman dan pencapaian yang pernah diraih untuk dijadikan penanda aras.”

Kredit: Berita Harian
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2021/08/846506/pekerja-seni-perlu-daftar-mycap

#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua