Sekitar Program Wayang Budiman di Pusat Kajian & Apresiasi Filem, Alam Budiman, Shah Alam. Tampil dengan slot Potret Merdeka, filem White Sun arahan Deepak Rauniyar yang mengisahkan pasca perang saudara Nepal antara pihak pendukung raja dan Maoist. Seorang pemberontak Maoist pulang ke kampung halaman untuk pengebumian bapanya, seorang pendukung raja yang baru meninggal dunia. Filem yang meneliti kelahiran semula Nepal selepas 20 tahun bergelut dengan perang dan rusuhan.
Hadir sama dalam program perkongsian sinergi ilmu ini adalah Dr. Norman Yusoff, Ketua Program Pasca Siswazah, Fakulti Filem, Teater & Animasi (FiTA) UiTM, Encik Saat Omar, Pensyarah Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) dan pelajar-pelajar perfileman.