Kuala Lumpur, 17 Julai – Kisah benar perjuangan anak Melayu, Othman yang ingin merubah kehidupan isterinya, Che Thom dan anaknya, Omar dengan direkrut menjadi kelasi kapal kargo ketika pemerintahan British di dalam era 40an yang disulami dengan elemen kasih sayang, kekeluargaan, pengharapan dan pengorbanan ini menjadi taruhan pengarah prolifik, Kabir Bhatia menerusi filem arahannya, ‘Pulang’ terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd. Pulang yang diinspirasi daripada kisah hidup datuk kepada Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar ini telah ditulis skripnya oleh Mira Mustaffa.

Menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 26 Julai 2018, satu majlis gala tayangan filem tersebut telah diadakan di GSC Pavilion Kuala Lumpur malam tadi dengan dihadiri penerbit, pengarah, Kabir Bhatia, barisan pelakon seperti Remy Ishak, Puteri Aishah, Datuk Jalaludin Hassan, Azrel Ismail, Erwin Dawson, Alvin Wong, Juliana Evans dan ramai lagi ini turut disokong dengan kehadiran tetamu jemputan termasuk Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS, karyawan filem, penggiat industri dan pihak media.

#Pulang
#PulangTheMovie