#LensaFINAS
#RetrospektifSinema
FINAS mempersembahkan program ‘Retrospektif’ dengan tayangan eksklusif dokumentari ‘Awasi Jerat Dadah’ (1986) terbitan Filem Negara Malaysia (kini FINAS) yang memaparkan langkah-langkah yang di ambil oleh kerajaan menerusi agensi-agensinya dalam aktiviti membanteras dan memerangi penagih najis dadah di Malaysia. Filem ini merakamkan usaha dan langkah-langkah pencegahan awal serta pemulihan mangsa-mangsa dadah yang ingin berubah. Rakaman ini juga memaparkan kesan dan akibat serta kesan sosial sampingan akibat penyalahgunaan dadah dan juga tindakan serta peranan setiap individu masyarakat dalam membanteras penagihan dadah.
Tonton dokumentari ini secara eksklusif hanya di saluran BERNAMA TV pada 7 Oktober 2021 (Khamis) jam 8.30 malam dan YouTube FINAS Malaysia pada 8 Oktober 2021 (Jumaat) jam 9.00 malam.
Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di https://www.youtube.com/c/FinasMalaysiaMY