Salam Takziah
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan penuh dukacitanya ingin mengucapkan salam takziah kepada isteri dan seluruh keluarga Allahyarham Mohammad Ameerza Bin Ismail, Penolong Jurutera/Penerbit Rancangan di FINAS yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu, 6 Disember 2017.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas insan yang mulia hatinya ini, suami dan bapa penyayang serta penjawat yang penuh dedikasi.Tenanglah rohnya bersama hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah