Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) selaku agensi pelaksana Dana Kandungan Kreatif (Sektor Filem) di bawah Kementerian Komunikasi sedang membuka permohonan bagi lima (5) kategori Dana Fasa 1, 2025 seperti berikut ;
Kategori 1
Kategori 2
- Dana Pasca Produksi
- Dana Pemasaran (Penyertaan dan Promosi Antarabangsa)
- Dana Pemasaran (Pemasaran dan Pengedaran)
Permohonan Dana bagi Kategori 1 dibuka bermula pada 24 Mac 2025 sehingga 24 April 2025, manakala permohonan Dana bagi Kategori 2 dibuka bermula pada 24 Mac 2025 sehingga 30 November 2025 (tertakluk kepada jumlah bilangan siling penerima dan baki peruntukan tahun semasa). Permohonan adalah secara atas talian melalui portal Sistem Pengurusan Dan Pemantauan Industri Kreatif (SPPIK) : https://sppik.finas.my dan laman sesawang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) : https://www.finas.gov.my.
Sebarang permohonan adalah tertakluk kepada Garis Panduan dan Peraturan Dana Kandungan Kreatif yang berkuat kuasa. Pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung terus bersama Bahagian Pengurusan Produksi FINAS melalui e-mel di infodkd@finas.my bagi kategori dana berikut;
- Dana Mikro Drama
- Dana Program TV (Borneo)
- Dana Pasca Produksi
Manakala bagi pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung terus bersama Bahagian Pemasaran FINAS melalui e-mel di dppa@finas.my dan dp2@finas.my bagi kategori dana berikut;
- Dana Pemasaran (Penyertaan dan Promosi Antarabangsa)
- Dana Pemasaran (Pemasaran dan Pengedaran)