PENGENALAN

Malaysia sebagaimana negara-negara maju telah meneroka dan menyusun strategi bagi meningkatkan daya saing industri kreatif sebagai pemangkin utama ekonomi negara. Industri kreatif berpotensi menjana ekonomi berpendapatan tinggi di samping memartabatkan budaya bangsa.

Dana Kandungan Digital (DKD) yang dahulu dikenali dengan Dana Industri Kandungan Digital (DIKD) mula diperkenalkan pada April 2015 sebagai kesinambungan Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) yang telah dilancarkan pada tahun 2012 bertujuan bertujuan bagi merancakkan pembangunan industri kreatif tempatan supaya mampu bersaing dan lebih kompetitif di peringkat antarabangsa.

OBJEKTIF

Dana Kandungan Digital adalah bertujuan:

  • memudahkan dan menggalakkan penggiat industri dalam penghasilan, penerbitan dan penyebaran kandungan kreatif yang berdaya cipta tinggi dan berupaya dipasarkan di pasaran tempatan dan antarabangsa;
  • Membangunkan modal insan yang bermutu secara lestari bagi mengoptimumkan potensi industri kandungan kreatif;
  • Membangunkan kandungan kreatif yang berdaya saing sebagai sumber pendapatan negara dalam mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi;
  • Menghasilkan harta intelek (IP) Malaysia yang berdaya saing