Hulu Kelang, 25 Januari – Sesi Wacana Ekonomi Bersama Industri Muzik Dan Kreatif Malaysia anjuran Jabatan Perdana Menteri dan Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia telah diadakan di Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS hari ini.
Program yang julung kali diadakan ini merupakan satu platform pendedahan secara umum berkaitan dengan pembangunan ekonomi kepada penggiat industri kreatif tanah air bersama YB Datuk Seri Abdul Rahman Bin Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Antara barisan panel yang terlibat dalam program ini adalah YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, Naib Cancellor, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan dari Jabatan Perangkaan Malaysia, Puan Zakiah Jaafar, Pengarah Seksyen Ekonomi Makro dari Unit Perancang Ekonomi, dan Dato’ Norman Abd Halim sebagai moderator sesi wacana ini.
Turut hadir memberi sokongan dalam program ini ialah YBrs. Encik Shakib Ahmad Shakir, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), YBhg. Datuk Dr. Kamariah Noruddin, Timbalan Ketua Pengarah Makro Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS, Ahli-ahli Perbadanan FINAS, Presiden-presiden dan wakil-wakil dari persatuan perfileman, para penggiat industri kreatif, tetamu jemputan yang dihormati dan rakan-rakan media.