Sekalung tahniah filem cereka arahan sulung pembikin muda, Tan Seng Kiat, ‘Shuttle Life’ (2017) yang terpilih sebagai ‘Official Selection’ di 1st Singapore Mental Health Film Festival yang akan berlangsung dari 21-24 Februari 2019. Terpilih mewakili Malaysia bersama enam karya lain dari seluruh dunia yang meneroka subjek cabaran mental dan psikologi dengan konflik kemanusiaan, interpersonal serta suara emosi manusia, ‘Shuttle Life’ yang berkisarkan Ah Qiang di kotaraya yang diuji cabaran dan tekanan hidup berkenaan ibunya yang mental dan perjuangan menyelesaikan pendaftaran kematian adiknya ini telah memenangi Anugerah Khas Juri di Festival Filem Malaysia ke 29. Dibintangi oleh Jack Tan, Angle Chan, Sylvia Chang dan ramai lagi, filem yang meneroka dimensi realisme sosial ini menangkap bahasa visual ‘getir’ dan ‘perjuangan’ menghadapi cabaran ini telah mengharumkan nama negara dengan memenangi lapan anugerah di peringkat global seperti di 20th Shanghai International Film Festival (SIFF),12th Chinese Young Generation Film Forum Awards, Malaysia International Film Festival & Golden Global Awards dan 1st ASEAN China Film Festival.

1