FINAS ingin merakamkan ucapan tahniah kepada produk animasi popular tempatan BoBoiBoy yang bakal menjengah pawagam di Turki bermula bulan depan dengan penayangan dua filem pecah panggung iaitu BoBoiBoy: The Movie dan BoBoiBoy Movie 2. Selain itu, penerbitnya, MONSTA bakal bekerjasama dengan pengedar tempatan di Turki iaitu CJ Entertainment Turki dan Two Productions untuk penayangan dua filem cereka animasi tersebut serta kini dalam perbincangan dengan pihak pengedar di sana untuk menayangkan kesemua 76 episod siri BoBoiBoy serta BoBoiBoy Galaxy di kaca TV Turki.

TAHNIAH BOBOIBOY