26 JULAI 1980 | Jawatankuasa Kemajuan Filem Nasional ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengkaji dan membuat cadangan serta merangka undang-undang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Omar |
---|---|
12 DISEMBER 1980 | Rang Undang-Undang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dibentangkan di Dewan Rakyat oleh YB Dato' Lew Sip Hon, Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia mewakili YB Dato' Seri Mahathir Mohamed, Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia dan dibahaskan oleh 13 orang Wakil Rakyat. |
9 JANUARI 1981 | Rang Undang-Undang dibentangkan di Dewan Negara oleh 13 orang Wakil Rakyat dan Senator menyuarakan pendapat semasa dibentangkan di Dewan Rakyat. |
19 FEBRUARI 1981 | Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasioanal Malaysia diwartakan secara rasminya. |
1 JUN 1981 | Tarikh rasmi perlaksanaan FINAS berdasarkan tarikh Mesyuarat Lembaga Pengurusan Perbadanan pertama. |
18 JUN 1981 | Mesyuarat Pengerusi dan Ahli Lembaga Perbadanan dirasmikan oleh Dato’ Seri Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. |
15 OGOS 1981 | Perlantikan rasmi Ketua Pengarah FINAS yang pertama, Encik Ismail Mohd Zain. |
15 OKTOBER 1981 | Kumpulan pertama penjawat FINAS bertugas secara rasmi di premis No.7, Jalan Ampang Hilir di mana FINAS bernaung di bawah Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Malaysia. |
1 NOVEMBER 1981 | FINAS beroperasi sepenuhnya dengan peruntukan sebanyak RM17juta di bawah RMK Ke-4. |
1 SEPTEMBER 1984 | Premis FINAS berpindah ke No. 198, Jalan Ampang, Kuala Lumpur |
15 SEPTEMBER 1984 | Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Pindaan 1984 telah diwartakan dan pelaksanaannya pada tahun 1985 bagi membolehkan FINAS melesenkan syarikat-syarikat yang bergiat dalam sektor pengeluaran, pengedaran dan pemameran. |
16 OKTOBER 1986 | FINAS bernaung di bawah Kementerian Penerangan Malaysia |
19 DISEMBER 1988 | FINAS beroperasi secara rasmi di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Kelang |
27 MAC 2004 | FINAS bernaung di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA). |
18 MAC 2008 | FINAS bernaung di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) |
9 APRIL 2009 | FINAS bernaung di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) |
6 APRIL 2012 | Memorandum Jemaah Menteri No. M235/2012 telah bersetuju dengan cadangan penggabungan FINAS dan Filem Negara Malaysia (FNM) yang diterajui oleh FINAS |
1 JANUARI 2013 | Penggabungan FINAS dan Filem Negara Malaysia berkuatkuasa. |
7 FEBRUARI 2013 | Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan 2013) diwartakan. |
15 MEI 2013 - KINI | FINAS bernaung di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) |