Shah Alam, 8 Mac – Pusat Kajian dan Apresiasi Filem menerusi Program Tayangan dan Bual Santai Wayang@Budiman di Shah Alam hadir bagi meneroka perspektif ilmu dan pembangunan apresiasi sinema dengan slot Kanvas Filipina. Kali ini menampilkan sebuah filem retrospektif hasil karya Mike De Leon di era emas sinema Filipina, ‘ITIM (The Rites Of May)’ 1976. Filem yang mengisahkan seorang wanita yang dihantui roh kakaknya yang telah meninggal dunia itu cukup atmosferik dengan adunan elemen realisme psikologi, gothic-thriller dan hal-hal ghaib.
Program yang diterajui Dr. Norman Yusoff, Ketua Program Pasca Siswazah, Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FITA) UiTM ini telah dihadiri oleh pensyarah dan pelajar perfileman serta komuniti filem yang turut berkongsi perspektif mereka terhadap filem ini.