Tarikh: 20 Julai 2021 (Selasa)
Masa: 1.30 petang
Saluran: TV1.

Memaparkan pembinaan dan seni bina Masjid Al-Ghazali yang didirikan menggunakan bayaran wang pampasan mangsa tragedi MH17 empat tahun lalu.
Mangsa tragedi MH17 adalah Jurutera Petroleum Tambi Jiee, 49, dan isterinya Ariza Ghazalee, 46, bersama empat anak mereka Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13, yang berasal dari Sarawak telah terkorban selepas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dinaiki mereka ditembak jatuh di Donestk, Timur Ukraine. Masjid Al-Ghazali yang terletak di Jalan Depo, Petra Jaya, Sarawak ini cukup memberi makna kepada waris enam sekeluarga yang terkorban. Berkapasiti untuk menampung 450 jemaah, masjid ini menampilkan reka bentuk Islamik moden yang dilengkapi ruang solat jemaah wanita, tempat wuduk, blok
tandas, bilik pejabat dan tempat parkir kenderaan. Diharapkan wakaf ikhlas ini dapat menjadi dana akhirat arwah sekeluarga.

#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua

*Facebook:*
https://www.facebook.com/370575606387882/posts/3886595701452504/

*Instagram:*

*Twitter:*

📌 Jom Follow, Like dan Share @FINASMalaysia