Kejayaan filem arahan Nam Ron, ‘One Two Jaga’ meraih perhatian di platform festival filem antarabangsa diteruskan apabila terpilih sebagai ‘official selection’ di 21st Shanghai International Film Festival (SIFF) di China yang berlangsung dari 16-25 Jun 2018. Mewakili Malaysia di dalam komponen program ‘The Belt and The Road Week’ di festival tersebut dengan tayangan filem terbaik dari seluruh dunia mewakili 30 festival filem antarabangsa termasuk Malaysia, SIFF yang dianjurkan pada tahun 1993 oleh Shanghai Municipal Administration of Culture, Radio, Film & TV and Shanghai Media & Entertainment Group adalah festival filem berprestij di China yang menjana perhubungan, pembangunan dan apresiasi sinema anatarabangsa, perkongsian budaya, jaringan pemasaran, pelaburan dan kerjasama produksi selain sinergi ilmu melalui forum dan pameran industri.

Terdahulu, filem ‘One Two Jaga’ terbitan Pixel Play Entertainment (Bront Palarae & Rozi Izma) dan Jazzy Pictures telah dipilih sebagai filem pembukaan (opening film) di 20th Udine Far East Film Festival, Itali pada 20 April 2018 yang lalu selain bertanding bersama-sama penyertaan negara lain dari seluruh dunia (In Competition) dan juga terpilih ke 17th New York Asian Film Festival, Amerika Syarikat yang dijadualkan dari 29 Jun-15 Julai 2018 ini. Dibintangi Zahiril Adzim, Rosdeen Suboh, Amerul Affendi, Iedil Putra, Chew Kin Wah serta bintang Indonesia, Ario Bayu dan Asmara Abigail dan ramai lagi, filem ini meneroka sisi gelap berkaitan rasuah, korupsi dan jenayah serta konflik kemanusiaan sejagat yang menghantui masyarakat.

#OneTwoJaga
#SIFF2018