Kota Belud, 22 Julai – Selaras dengan peranan memperkasa dan membangunkan komuniti kreatif di seluruh negara dan mewujudkan ekosistem baru melalui teras pembangunan kemahiran, modal insan, suntikan dana dan galakan, FINAS turut padang mempromosikan perkhidmatan di Program Kreativiti@Komuniti Peringkat Negeri Sabah anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM dari 22-23 Julai 2016 di Kg. Rampayan Laut, Kota Belud, Sabah. Untuk program ini juga, FINAS telah mengadakan penerangan dua hala mengenai industri filem dan kandungan kepada komuniti di Kota Belud melalui sesi Eksplorasi Kreativitimu oleh Penasihat Industri Kreatif Sabah dan Sarawak, Tn.Hj.Deddy M. Borhan yang turut mencungkil bakat mereka melalui apresiasi lakonan, pengarahan dan penulisan skrip selain penerangan mengenai dana pembangunan kandungan oleh Pitching Centre.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menyentuh peranan menyeluruh Kementerian dan setiap agensi untuk turun padang berhubung dengan rakyat secara langsung bagi membina jaringan ilmu dan membangunkan kreativiti di seluruh pelusuk negara.

mainsycom__m

sycom1

sycom2

sycom3__m