KUALA LUMPUR, 7 Jun-Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berminat untuk meneroka prospek cerah dalam perkongsian Malaysia-Venezuela melalui acara kebudayaan strategik yang dicadangkan oleh Kedutaan Venezuela di Malaysia.
Ketua Pengarah FINAS Datuk Kamil Othman berkata kerjasama strategik dan produksi bersama dengan Venezuela dapat membantu membangunkan industri kreatif melalui perkongsian pengetahuan dan hubungan diplomatik
Kamil berkata FINAS gembira menyediakan platform yang sangat praktikal dan berprofil tinggi ini yang membolehkan industri perfileman di kedua-dua negara membina hubungan yang sedia ada dan membentuk perkongsian komersial yang baharu.
“FINAS akan memberi sokongan penuh kepada Minggu Filem Venezuela pada Oktober dan Festival Filem Latin ke-15 pada November tahun ini kerana ia akan memperkenalkan filem berkualiti kepada penonton tempatan dan asing.