Unit Teknologi Maklumat telah mewujudkan sistem aduan baharu bagi memudahkan pengguna melaporkan sebarang masalah berkaitan ICT.
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua penjawat FINAS membuat aduan melalui sistem ini bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Unit Teknologi Maklumat dan setiap aduan dapat dilaksanakan dengan lebih efektif.
Penjawat FINAS boleh melayari URL http://fiss.finas.my untuk membuat aduan, disertakan bersama manual pengguna bagi Sistem Aduan ICT yang dikenali sebagai FISS (FINAS Internal Support System).
Perhatian dan tindakan dari pihak Tuan/Puan dalam perkara ini adalah amat dihargai. Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut berhubung penggunaan sistem boleh menghubungi Unit Teknologi Maklumat.
http://fiss.finas.my/