KUALA LUMPUR, 14 Jun – Selaras dengan usaha dan transformasi FINAS di bawah Ketua Pengarah, YBhg. Dato’ Kamil Othman bagi membangunkan kandungan kreatif dan sinergi strategik dua hala bersama industri, pembudayaan teknologi dan maklumat terus diaspirasikan di bawah operasi “Centre of Excellence” sebagai hab kandungan dan arkib sejarah termasuk kandungan dan khazanah perfileman negara. Justeru, teras program Museum of Moving Images, Mediatheque dan E-Heritage terus dipromosikan secara bersepadu bersama agensi-agensi dan rakan strategik yang boleh menjalinkan kerjasama dengan FINAS bagi mendapatkan bahan-bahan audiovisual sejarah bertaraf eksklusif termasuklah terbitan FINAS di dalam usaha pembangunan dan pendigitalan kandungan. Satu sesi perkongsian bersama pihak Media Prima diwakili YBhg. Datuk Manja Ismail, Timbalan Pengarang Urusan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad dan Pengarah Centre of Excellence FINAS, YM Raja Adzhim Raja Ahmad dan Penolong Pengarah En. Mohd Fazli Abdul Aziz telah diadakan selaras dengan transformasi FINAS membangunkan kandungan digital bertaraf antarabangsa.