Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menerima sumbangan bencana banjir sebanyak 50 kotak makanan dan beras dari YBhg. Datuk Zaizalnizam Zainun, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan dan YBhg. Dato’ Irwan Rizal, Pengarah Rumah Prihatin hari ini, 20 Disember 2021. Sumbangan di bawah inisiatif Dapur Prihatin ini diterima oleh YBrs. Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS dan Encik Ahmad Ibrahim, Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) bertempat di Rumah Prihatin@GrandSeasons Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBrs. Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim memaklumkan FINAS amat prihatin dan berusaha untuk menyalurkan sumbangan dari semasa ke semasa bagi meringankan beban mangsa banjir khususnya kepada penggiat industri seni yang terkesan.

Filem Kita, Citra Kita

#finasmalaysia
#filemkitacitrakita

FB_IMG_1640088290992