- PENDAHULUAN:
Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) untuk membantu dan menggalakkan penerbit filem terus menghasilkan filem-filem cereka tempatan. Tarikh kuatkuasa pelaksanaan ITFC adalah pada 1 Julai 2011.
- SYARAT-SYARAT PEMBERIAN ITFC:
- Filem cereka tempatan yang telah ditayangkan di pawagam dan berdaftar melalui Skim Wajib Tayang bermula 1 Januari 2015;
- Mempunyai lesen Pengeluaran Filem yang masih sah laku di bawah Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981;
- Filem yang ditayangkan di bawah Skim Wajib Tayang (SWT);
- Mengemukakan laporan hasil kutipan kasar yang telah disahkan oleh pihak Pempamer dan Penerbit.
- KAEDAH PELAKSANAAN ITFC:
BIL. | JUMLAH KUTIPAN KASAR TIKET MELALUI SKIM WAJIB TAYANG | INSENTIF |
1. | Kutipan kasar RM2 juta dan ke bawah | 10% daripada kutipan kasar tiket |
2. | Kutipan kasar melebihi RM2 juta | 10% bagi kutipan RM2 juta pertama dan 5% bagi kutipan kasar seterusnya. Maksimum insentif yang layak sebanyak RM500,000.00 |