“Menggalak, memelihara dan memudahkan kemajuan industri perfileman”
Peneraju industri perfileman Malaysia bertaraf antarabangsa.
- Memacu industri perfileman Malaysia ke peringkat Antarabangsa
- Memperkasakan perkhidmatan dan kemudahan yang cekap dan berkesan
- Memperkasakan profesionalisme dalam kalangan pengiat industri
- Meningkatkan sokongan, penontonan dan semangat mencintai filem tempatan
- FINAS adalah singkatan daripada perkataan Filem Nasional Malaysia iaitu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia.
- Huruf “F” yang bergarisan jalur selari dan track yang meliuk adalah merupai suatu fenomena dalam kamera yang mengawal pembukaan dan penutupan aperture.
- 14 bintang berbucu adalah gabungan 14 negeri dalam Malaysia yang merupakan gabungan kepakaran manusia dan kecanggihan peralatan bagi menghasilkan karya filem yang bermutu.
- Susunan 14 bintang berbucu dalam bentuk bebola cahaya melambangkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia sebagai agensi yang menerangi industri perfileman.
- FINAS berjalur 3 adalah bermaksud peranannya memaju dan mendorong 3 aktiviti utama dalam industri iaitu pengeluaran, pengedaran dan pemameran.
- Warna ungu gabungan 3 warna utama merah, kuning dan biru yang menghasilkan warna neutral, bererti memberi layanan saksama kepada mana-mana golongan penglibat industri.
- Logo FINAS telah diinspirasikan oleh Cik Normah Nordin, bekas Penolong Pengarah Pembangunan FINAS yang kini merupakan aktivis seni dan tenaga pengajar lakonan.