Kajang, 12 Disember – Di dalam aspirasi pembangunan modal insan dan pemerkasaan potensi bakat penggiat kreatif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bekerjasama dengan Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) dengan sokongan RizQ Islamic School bagi menganjurkan ‘Junior Filmmaking Workshop’ pada 12 Disember 2018 yang lalu.
Di bawah inisiatif ‘Pembangunan Inkubasi Bakat’, program eksplorasi Ilmu secara interaktif ini, para peserta telah mengikuti program kesedaran melalui bengkel kreatif dan interaktif mengenai aspek perfileman seperti membuat skrip, teknik kamera, penyuntingan dan pengarahan. Selain itu, para peserta juga berpeluang untuk menerokai cara menghasilkan filem pendek menggunakan telefon pintar atau tablet dan aplikasi yang digunakan oleh industri dalam menyunting video dengan medium tersebut.
Sesi penyerahan sijil dan cenderahati telah dihadiri oleh Encik Othman Hafsham, Presiden FDAM, Puan Sharmila, wakil RizQ Islamic School, Encik Harith Harun dan Tuan Hj. Thorpe Ali selaku tenaga pengajar serta para peserta bengkel.