Hulu Kelang, 6 Ogos – Sempena menyambut Bulan Kemerdekaan sepanjang Ogos ini, Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) dan Creative Content Industry Guild Malaysia (CCIG) bersama Kelab Riders dengan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berjaya menganjurkan Kembara Amal ‘One Soul’ Artis dan Riders 2017.
“Inisiatif murni PTVM dan rakan strategik melalui komponen pembangunan komuniti dan belia ini adalah platform yang baik di dalam memupuk semangat mencintai negara melalui kibaran jalur Gemilang dan juga ‘reach out’ kepada golongan yang memerlukan” ujar Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS yang hadir bersama-sama bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran dan Pelepasan (Flag-Off) program pagi tadi.
Program kembara yang disertai 130 buah motosikal dan kenderaan pacuan empat roda ini akan singgah ke dua buah lokasi di dalam misi keprihatinan menyampaikan sumbangan kebajikan kepada karyawan dan pemimpin persatuan, Datuk M. Daud Wahid, Presiden Papita dan Mohamad Zamri Baba, bekas pelumba Cub Prix Negara
Turut hadir ialah Dato’ Jurey Latiff Rosli, Presiden PTVM, Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS dan Tuan Haji Mohd Zulkifli Ab. Wahab, Timbalan Ketua Pengarah Produksi dan Teknikal FINAS, barisan karyawan industri, pihak NGO, para belia dan rakan-rakan media.