Hulu Kelang, 1 Julai 2015 – Satu Majlis Berbuka Puasa KSSF bersama Pengerusi FINAS, Dato’ Sri Azalina Othman Said telah diadakan bertempat di Dataran Karyawan FINAS. Majlis ini telah dihadiri oleh penjawat FINAS terutamanya yang diiringi ahli keluarga masing-masing.
Pembukaan majlis dimulakan dengan ucapan kata – kata aluan Dato’ Sri Azlina diikuti oleh Presiden KSSF, Encik Abdul Halim Haji Anen dan seterusnya pembacaan doa berbuka puasa dibacakan oleh Encik Muhammad Ainuddin. Setelah berbuka puasa, semua tetamu bersolat Maghrib terlebih dahulu sebelum menikmati jamuan makan disertakan dengan solat Isyak dan solat terawih diadakan di Studio Sound Stage FINAS.
Turut memeriahkan majlis, kesemua tetamu dihiburkan dengan persembahan nasyid oleh Puteri Nasyid dan Anak – Anak dari Pusat Tahfiz Keramat.
Teks: Iyda Jame
Foto: Ahmad Shahriman
Unit Media