Di dalam aspirasi pembangunan industri menerusi platform kerjasama strategik dan jaringan sinergi dua hala, YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS telah menerima kunjungan barisan kepimpinan Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) yang diketuai Presiden, YBhg. Dato’ Jurey Latiff Rosli. Selain percambahan idea dan input secara langsung berkaitan pemerkasaan industri dari perspektif penggiat dan ahli persatuan, platform komunikasi strategik di antara FINAS dan persatuan perfileman ini turut memberi ruang kepada penerokaan cadangan dan potensi kerjasama di dalam membangunkan industri secara kolektif.

1

2