KUNJUNG HORMAT DARI PERSATUAN PENGGUNA SIBER MALAYSIA (MCCA)
Di dalam aspirasi pembangunan industri menerusi platform kerjasama strategik dan jaringan sinergi dua hala, YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS telah menerima kunjungan dari Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) yang diketuai YBrs. En. Siraj Jalil, Presiden Persatuan MCCA dan YBhg. Datuk Normashayu Puteh, Penasihat Media MCCA. Sesi percambahan idea dan input secara langsung berkaitan keselamatan siber khususnya daripada konteks jenayah siber seperti cetak rompak digital yang semakin berleluasa. Platform komunikasi strategik di antara FINAS dan MCCA ini turut memberi ruang kepada penerokaan cadangan dan potensi kerjasama di dalam pencegahan jenayah siber melibatkan industri kreatif tempatan dan perlindungan hak-hak pemilik kandungan serta pengguna siber.