jkom
#LensaFINAS
Petaling Jaya, 19 Ogos 2024 – YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS menerima kunjungan hormat dari YBrs. Dr. Mohd Khairuddin bin Othman, Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) di FINAS Petaling Jaya.
Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan ini adalah penghasilan filem pendek, video pesanan khidmat masyarakat, latihan modal insan serta usaha pengarkiban dan pemeliharaan khazanah kandungan perfileman antara FINAS dan J-KOM. Delegasi J-KOM turut berpeluang melawat bilik vault FINAS, serta Mediatheque, pusat sumber dan rujukan utama FINAS.
Turut hadir YBhg. Datin Rozita Waty Ridzuan, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) FINAS; YBrs. En. Zamri bin Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JKOM; En. Muhammad Ar-Riyyan Bin Mohamad Roslan, Pengarah Bahagian Pembangunan Industri; pegawai-pegawai FINAS dan pegawai-pegawai JKOM.
#KementerianKomunikasi
#FINASMalaysia
#JiwaMerdeka
#FilemKitaCitraKita
#JKOM