sofyunk
#LensaFINAS
Hulu Kelang, 13 Ogos 2024 – YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS mengadakan perjumpaan bersama content creator dan pempengaruh terkenal, Mohamad Sofian, sempena penggambaran PSA bertajuk “Pempengaruh: Sofyank” di FINAS Hulu Kelang.
Dalam perbincangan, Dato’ Azmir menyentuh tentang peluang kerjasama antara FINAS dan @Sofyank96, terutamanya dalam penganjuran program-program FINAS yang akan datang, termasuk Festival Filem Malaysia yang bakal diadakan tidak lama lagi. Kerjasama ini dijangka mampu memberi impak positif dan turut mempengaruhi perkembangan industri kreatif tempatan menerusi idea-idea baru yang kreatif.
Turut hadir Datuk Hasniza Nordin, penasihat produksi; En. Amir Mirza, penerbit; Puan Zuramashana Zakaria, Pengarah Makmal FINAS; dan Puan Rozie Rashid, penulis skrip.
#KementerianKomunikasi
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMadani