dice
#LensaFINAS
Nilai, 19 Ogos 2024 – Pameran dan Majlis Penutupan Program Digital Innovation Creativepreneur (DICE 2.0), sebuah pertandingan keusahawanan kandungan kreatif digital peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi bersama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
FINAS komited melahirkan bakat muda dalam industri kreatif menerusi penglibatan FINAS yang diwakili Encik Kamaruza’ain A Kadir, Ketua Penolong Pengarah Kanan Kreatif dan Teknikal serta Encik Muhammad bin Mahmuddin, Ketua Penolong Pengarah Kreatif dan Teknikal yang terlibat secara langsung sebagai mentor industri dan juri akhir kategori filem pendek yang berlangsung di The V Clubhouse dari 17 hingga 20 Ogos 2024.
Majlis Penutupan Program DICE 2.0 telah disempurnakan oleh YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi. Program disertai 250 pelajar universiti awam, swasta serta luar negara, politeknik dan kolej komuniti mempertandingkan 50 projek kandungan kreatif menerusi 4 kategori iaitu animasi, filem pendek, aplikasi interaktif media (AR/VR) dan aplikasi permainan digital.
Penglibatan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan FINAS untuk membimbing dan menyokong bakat muda dalam industri kreatif negara.
#KementerianKomunikasi
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMadani
#MADANIRakyat2024
#DICE2024