Jakarta, 19 Ogos 2022 – YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr. Annuar Hj Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia bersama delegasi dari Malaysia mengadakan lawatan kerja ke Indonesia untuk mengadakan pertemuan dua hala bersama H. Sandiaga Salahudin Uno, Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia di Jakarta, Indonesia.

Dalam konteks industri perfileman, pertemuan rasmi di antara kedua-dua belah negara ini turut meneroka potensi pembangunan ekonomi kreatif dan budaya melalui kerjasama strategik penerbitan, pengedaran dan pemameran filem, pembangunan bakat kreatif, pemerkasaan dasar dan polisi, perkongsian kepakaran dan teknologi, pembenterasan cetak rompak digital, pelaburan asing ke dalam negara serta pelbagai lagi strategi jangka panjang yang boleh dipertingkatkan dalam memacu ekosistem industri perfileman serantau

Turut hadir YBrs. Prof Dr. Md. Nasir Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBrs. En. Adlan Mohd Shaffieq, Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, pegawai-pegawai KKOMM, pegawai FINAS dan delegasi.

menkom