Sinopsis :
Sebuah memoir jujur penuh emosi dari penulisan Datuk Aziz Sattar sendiri yang merangkumi kisah kehidupan peribadi dan kerjaya beliau sehingga menjadi pelakon yang dikenali dan disegani. Menceritakan asal usulnya dari Pakalongan, Surabaya dan berhijrah ke Tanah Melayu serta berkarya di Studio Jalan Ampas pada tahun 1952. Turut dimuatkan kisah pendidikan serta pengalaman bekerja pada usia muda sebelum memulakan bakat seninya sebagai seorang pelakon, pelawak dan juga pengarah.
|