Damansara, 24 Mac – Di dalam aspirasi pembangunan modal insan dan pemerkasaan kualiti kandungan bertaraf global, Persatuan Dokumentari Malaysia (MyDocs) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah menganjurkan ‘Documentary Production 101’ bermula 23 Mac 2019 sehingga hari ini di Hotel Qliq, Damansara.
Bersempena penganjuran Festival Filem Malaysia ke 30, program eksplorasi ilmu secara interaktif ini telah diadakan bagi memberi perspektif global kepada penggiat dokumentari di Malaysia untuk memperkasakan penerbitan kandungan mereka dan meneroka strategi pembikinan dokumentari yang lebih efektif melalui bimbingan tenaga pengajar iaitu Lara Ariffin, Ahmad Yazid, Justin Ong, Wong Chin Hor dan Fauzan Aziman.
Turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif FINAS YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang turut berkongsi aspirasi FINAS di dalam pemerkasaan penerbitan dokumentari tempatan yang berpotensi memacu aspek pembangunan kandungan, modal insan, kerjasama produksi dan pemasaran global, program ini telah juga dihadiri Presiden MyDocs, Encik Harun Rahman, Pengarah Eksekutif MyDocs, Puan Lina Teoh, dan peserta-peserta bengkel mewakili penggiat dan karyawan dokumentari tempatan.