Hulu Kelang, 2 April – Seramai 34 orang peserta telah mengikuti Bengkel Penerbitan Video Kreatif anjuran Yayasan Perdana Ummah (YPU) dengan kerjasama Unit Latihan Industri, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) hari ini bermula jam jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Studio L. Krishnan, FINAS Hulu Kelang.
Berobjektifkan untuk memberi peluang kepada para peserta mempertingkatkan pengetahuan teori dan amali mengenai penerbitan video kreatif, memberi kefahaman lanjut dalam konsep idea & genre sesebuah penerbitan video dan mempelajari skil penulisan skrip ringkas (filem pendek) serta mendalami aspek penggambaran & pasca produksi, bengkel ini telah dikendalikan oleh pakar industri kreatif dalam pembikinan filem iaitu Ghaz Abu Bakar.
Turut hadir adalah YBhg. Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FIANS, warga kerja PERMATA Negara dari Bahagian PERMATA, PERMATA Pintar, PERMATA STEM, PERKASA Remaja, PERMATA Kurnia dan PERMATA Seni dan para peserta bengkel yang lain.