KUALA LUMPUR,13 Januari 2015 – Bekas Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia Nasional (FINAS), Datuk Mohd Shariff Ahmad, 63, telah meninggal dunia akibat komplikasi penyakit Lupus Eritematosus Sistemik (SLE) menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital PUSRAWI, Kuala Lumpur, kelmarin.
Arwah Datuk Mohd Shariff mulai menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sejak tahun 1995 sehingga 15 November 2005.Selain menerajui FINAS, Allahyarham juga adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Industri Kandungan Kreatif (CCIG) untuk penggal 2012-2014 serta pernah menjadi Timbalan Presiden Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM).
Antara satu pencapaian yang dilakukan oleh Allahyarham adalah usaha Arwah dalam membina studio Sound Stage walaupun ketika itu, negara sedang mengalami kemelesetan ekonomi.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Rusila Hashim, 49, dan empat anak berusia 25 hingga 33 tahun dan jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota. Al-Fatihah dan salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham Datuk Mohd Shariff daripada warga FINAS.
Teks: Iyda Jame
Foto: Rafiuddin Abdul Rahman
Unit Komunikasi Korporat