Hulu Kelang, (29 Disember 2016) : Adalah dimaklumkan bahawa YB Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah melantik YBhg. Dato’ Fauzi Ayob, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah FINAS berkuatkuasa 1 Januari 2017 secara lantikan kontrak selama 1 tahun. Turut diumumkan ialah pelantikan Timbalan Ketua Pengarah FINAS, En. Azmir Saifuddin Mutalib yang juga sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengarah Kanan Bahagian Komersil FINAS. Pelantikan beliau juga berkuatkuasa 1 Januari 2017 secara kontrak selama 1 tahun. Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi FINAS, YB Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib ketika Majlis Penyampaian Cek Insentif Filem Cereka di Pawagam Mini P.Ramlee, FINAS Hulu Kelang.
Untuk makluman lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat di talian 03-4104 1369 dan 03-4104 1337 atau email info@finas.my.