Kuala Lumpur, 20 Disember – Mesyuarat Agung Tahunan (AGM 2017) bagi Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) yang diadakan semalam sebulat suara memilih YM Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin, Pengarang Hiburan Mingguan Malaysia sebagai presiden bagi menerajui persatuan tersebut untuk tempoh lantikan 2017 hingga 2020. Mesyuarat yang diadakan di Sukesucre Bistro, Cheras turut melantik kepimpinan terdahulu iaitu Niezam Abdullah, Editor Hiburan mStar online sebagai timbalan presiden, Nor Asikin Hassan, Penolong Pengarang Hiburan, Utusan Malaysia sebagai setiausaha dan Raja Nurfatimah Mawar Mohamed, sebagai bendahari persatuan.
Datuk Tengku Khalidah dalam ucapannya berharap para wartawan perlu bersatu bagi mempertahankan industri kewartawanan hiburan tanah air.
Berikut adalah senarai penuh Jawatankuasa WHAM bagi tempoh 2017-2020.
Presiden :
YM Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin (Mingguan Malaysia)
Timbalan Presiden :
Niezam Abdullah (mStar Online)
Ketua Penerangan:
Shamsul Azree Shamshir (Berita Harian)
Setiausaha Kehormat :
Nor Asikin Hassan (Utusan Malaysia)
Penolong Setiausaha :
Sudirman Mohd Tahir (Harian Metro)
Bendahari : Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (Berita Harian)
Ahli Jawatankuasa
1. Hanisah Selamat (Berita Harian)
2. Fairoz Azizan (Berita Harian)
3. Farol Hadi Mustafa (Insta Online)
4. Syed Mussaddad Syed Mahdi (Mingguan Malaysia)
5. Tengku Suzana Raja Hamat (Kosmo)
6. Rudy Imran Shamsudin (Harian Metro)
7. Hartati Hassan Basri (Harian Metro)
Juru Audit
1. Mohd. Rosli Manah (Gondang Online)
2. Noor Joha Ahmad (Utusan Karya Sdn Bhd)
Kredit Foto : WHAM