Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menyerahkan bantuan makanan bencana banjir kepada wakil persatuan perfileman hari ini, 21 Disember 2021. Bantuan yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Produksi & Teknikal), YBrs. Encik Syirfan Indra Mitra Surya Hussin berupakan bakul makanan (makanan asas dan beras) hasil sumbangan Rumah Prihatin untuk menampung keperluan asasi ahli persatuan yang terjejas buat sementara waktu akibat bencana banjir. Wakil persatuan perfileman yang hadir menerima sumbangan hari ini adalah FDAM, Profima & Yayasan Artis Veteran Malaysia.

Kepada penggiat seni/persatuan perfileman yang memerlukan bantuan bakul makanan akibat bencana banjir sila hubungi FINAS di talian 03-4104 1408/1363 (Unit Komunikasi Korporat)

Filem Kita, Citra Kita

@kkmm_gov
@rumahprihatinwp
#keluargamalaysia
#finasmalaysia
#filemkitacitrakita

FB_IMG_1640088349077