Kuala Lumpur, 10 Jun 2015 – Satu sesi pertemuan diantara YB Pengerusi FINAS baharu iaitu Dato’ Seri Azalina Othman Said bersama penggiat industri serta media telah diadakan bertempat di Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB), Jalan Tun Razak. Pertemuan yang berlangsung dua sesi iaitu pada sebelah pagi perjumpaan bersama Penggiat Industri serta pada sebelah petang bertemu dengan para media.
Objektif pertemuan ini diadakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan Dato’ Seri Azalina Othman Said, Pengerusi baharu FINAS serta mendapatkan pandangan, input dan idea-idea yang baru dari penggiat industri serta media mengenai ekosistem terkini kandungan kreatif tempatan.