#LensaFFM
#LensaIndustri

KEMUDAHAN DALAM PEMASARAN INDUSTRI FILEM DI PERINGKAT ANTARABANGSA JARINGAN PERKONGSIAN ASPIRASI INDUSTRI
Kuala Lumpur, 26 Mac – Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) bekerjasama bersama Matrade dengan sokongan FINAS telah mengadakan program sisipan, bengkel ‘Funding Facilities for International Co-Production, Marketing & Distribution’ pada 26 Mac 2019 bertempat di Menara Matrade, Kuala Lumpur sebagai platform jaringan ilmu dan sinergi bersama penggiat produksi, penerbit serta pengamal industri.

Bersempena penganjuran Festival Filem Malaysia ke 30, program eksplorasi ilmu secara interaktif ini telah diadakan bagi memberi perspektif global kepada penggiat produksi di Malaysia untuk memperkasakan penerbitan kandungan mereka dan meneroka strategi pemasaran produk yang lebih efektif bersama barisan panelis dari Matrade dan PTVM.
Bengkel yang telah dirasmikan oleh Pengarah Pemasaran FINAS YBrs. Encik Raja Khairul Azman Raja Abd Karim mewakili Ketua Pegawai Eksekutif FINAS YBrs.En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri ini turut dihadiri Pengarah Pembangunan Industri merangkap Pengarah FFM30, YBrs. Tuan Hj Abdul Khalid Maulod, Pengarah Galakan Penggambaran, Encik Zokifli Abu Bakar, Pengarah Teknologi & Audio Visual, Encik Raja Mohamad Adhzim Raja Ahmad, Timbalan Presiden, Encik Richard Ung, Bendahari PTVM, YBhg Datin Wendy Wong dan penggiat produksi serta penerbit- penerbit tempatan.

#FFM30
#InspirasiSinemaku

54520135_1919977714780989_7652475632240033792_n

55633906_1919977941447633_7191944353722400768_n

55835416_1919977808114313_7143636210844434432_n

55912378_1919977861447641_6224638145804107776_n

55963166_1919977574781003_3816609991943520256_n

56209520_1919977644780996_8231229828360044544_n