Kuala Lumpur, 28 Ogos – Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan 2018, perjuangan, jasa dan ketokohan Tun V.T Sambathan telah diabadikan oleh Fenomena Seni Produksi (M) Sdn. Bhd filem biografi dan kemerdekaan berjudul “Sambanthan” (2014) lakonan Kisukumar Armum, Rathikathevi Muniyandi, Mohd Hafizudin Roslan dan ramai lagi.
Filem garapan S.T Bala yang mengisahkan tentang Yang Amat Berbahagia Tun Sambanthan Thirunyana Veerasamy atau lebih dikenali sebagai Tun V.T. Sambanthan ini merupakan salah seorang pengasas kemerdekaan bagi negara kita bersama-sama Tunku Abdul Rahman dan Tun Tan Cheng Lock.
Justeru, para tetamu yang hadir di tayangan umum yang diadakan di GSC, Nu Sentral, Kuala Lumpur ini telah berpeluang menghayati pahit getir perjuangan anak Sungai Siput, Perak ini di dalam mendukung usaha-usaha mencapai kemerdekaan dan memupuk permuafakatan pada waktu itu.Turut hadir bersama-sama memeriahkan tayangan ini adalah para penggiat industri, rakan-rakan media dan pencinta filem.