Langkawi, 16 Ogos 2022 – YBrs. Prof Dr. Md Nasir Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS turun padang untuk melihat sendiri lokasi penggambaran program realiti televisyen bersiri antarabangsa popular di Langkawi yang telah memulakan penggambaran sejak bulan April lagi.
Rancangan realiti tv ini mengisahkan sekumpulan peserta yang saling tidak mengenali antara satu sama lain ditempatkan di lokasi terpencil dan perlu menyediakan makanan, api dan tempat tinggal untuk diri mereka sendiri. Para peserta bersaing dalam setiap cabaran yang diberikan dengan menguji keupayaan fizikal dan mental untuk ganjaran dan imuniti daripada penyingkiran. Para peserta akan disingkirkan daripada permainan melalui undian oleh peserta-peserta lain sehingga hanya seorang sahaja yang akan dinobatkan sebagai pemenang dan akan memenangi hadiah utama rancangan tersebut.
Program realiti tv ini juga merupakan salah satu projek di bawah seliaan ‘Film in Malaysia Incentive’ sebagai salah satu inisiatif FINAS dalam mempromosikan Malaysia sebagai hab destinasi lokasi penggambaran terutamanya syarikat produksi luar negara serta menjana ekonomi pendapatan tempatan. Landmark Films Sdn Bhd merupakan Local Sponsor bagi program realiti tv ini.
Turut hadir YBrs. Puan Rozita Waty Ridzuan, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan, pegawai-pegawai FINAS serta wakil syarikat produksi