#LensaFINAS
Puchong, 30 September 2024 – YBhg. Dato’ Kamil Othman, Pengerusi FINAS, hadir ke sidang media Festival Filem Asia Pasifik ke-61, anjuran bersama Persatuan Penerbit Filem Malaysia, Lomo Pictures Sdn Bhd, Kumpulan NCT, dan Festival Seni Antarabangsa Asia Pasifik yang diadakan di Hotel Bespoke Puchong
Festival Filem Asia Pasifik, yang telah wujud sejak tahun 1954, merupakan salah satu platform berprestij dalam meraikan karya-karya seni perfileman di rantau ini. Dengan edisi pertama yang dianjurkan di Tokyo, Jepun, festival ini terus berkembang sebagai platform untuk mengiktiraf pencapaian industri filem serantau. Tahun ini, festival akan kembali ke Malaysia dan akan berlangsung dari 29 November hingga 1 Disember 2024 di Hotel Wyndam Ion Majestic Genting Highlands
Sebagai badan yang memacu industri perfileman negara, FINAS sentiasa mendukung penganjuran festival-festival seperti ini dalam usaha mengangkat karya dan bakat penggiat seni filem di serantau Asia Pasifik
Turut menyerikan majlis tersebut adalah En. Saeful Fadhly Hj. Mokhtar, Ahli Perbadanan FINAS; YBrs. En. Ahmad Syazli Muhd Khiar, Timbalan Ketua Pengarah (Produksi & Teknikal) FINAS; penggiat-penggiat industri, pegawai-pegawai FINAS, serta rakan media.
#KementerianKomunikasi
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMadani
#FestivalFilemAsiaPasifik61
#PersatuanPenerbitFilemMalaysia
#LomoPictures
#KumpulanNCT
#FestivalSeniAntarabangsaAsiaPasifik
461579932_1068348171329272_8520287706262884146_n