#LensaFINAS
Hulu Kelang, 29 Januari 2024 – YBhg Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS telah menerima kunjungan hormat dari YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman bin Dato’ Aziz Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di FINAS Hulu Kelang.
Sesi ini membincangkan mekanisme kerjasama strategik berkaitan Skim Perlindungan Keselamatan Sosial kategori Berkerja Sendiri kepada penggiat industri kreatif khususnya. Skim ini bertujuan memberi perlindungan kepada individu yang bekerja sendiri sekiranya berlaku kehilangan pekerjaan semasa menjalankan pekerjaan tersebut. FINAS juga akan meneroka bersama PERKESO dalam program latihan/khusus/bengkel industri kreatif yang kehilangan pekerjaan.
Turut hadir YBrs. Encik Rozaidi Jamil, Ahli Perbadanan FINAS, YBhg. Datin Rozita Waty Ridzuan, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS, Encik Mohamad Haron bin Othman, Ketua Bahagian Skim Pekerjaan Sendiri, YBhg. Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin, Ketua Cawangan Penjenamaan Editorial, Pegawai-pegawai Kanan FINAS dan Pegawai-pegawai PERKESO.
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMadani
@perkeso.official