#LensaFINAS
KUCHING, 26 Mei 2024 – Sekitar Majlis Makan Malam SMeC 2024 raikan pengamal media tempatan dan antarabangsa. Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi telah hadir ke Majlis Makan Malam bersempena dengan Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2024.
Ketibaan Tuan Yang Terutama (TYT) dan Toh Puan Fauziah disambut oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
SMeC 2024 merupakan salah satu pengisian Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berlangsung 26 hingga 27 Mei .
HAWANA 2024 kali ini dihadiri pengamal media termasuk dari Kemboja, Indonesia, Jepun, Kuwait, Brunei, Filipina, Timor-Leste, Vietnam, China, Korea Selatan, Qatar dan Perancis.-
Turut Hadir YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ketua-ketua Jabatan dan pegawai-pegawai kanan dibawah Kementerian Komunikasi.
#HAWANA2024
#FINASMalaysia
#Filemkitacitrakita
#MalaysiaMadanilensa3